Dalam masalah meminta orang murtad untuk bertaubat para imam mazhab memiliki perbezaan pendapat
Mazhab Hanafi – jika seorang muslim keluar dari agama Islam atau murtad maka ia ditawarkan untuk menjadi muslim lagi. Jika ia memiliki syubhat yang melatarbelakangi murtadnya maka ia harus mengungkakannya agar dapat ditepis. Kerana barang kali ada syubhat yang menghalanginya untuk tetap memeluk Islam dan dengan mengungkapkannya maka syubhat tersebut dapat dihilangkan. Jika ia murtad maka ada dua pilihan yang diterimnya iaitu dibunuh atau memeluk Islam kembali.
Mazhab Syafi’e – jika seorang muslim keluar dari agama Islam atau murtad maka wajib bagi imam untuk menangguhkan selama tiga hari baginya untuk mengambil keputusan. Sebelum masa tiga hari tersebut tidak halal bagi imam untuk membunuhnya. Hal itu disebabkan kerana pada umumnya keluarnyaseorang muslim dari Islam disebabkan oleh adanya syubhat. Jadi sudah seharusnya diberi ruang waktu kepadanya agar ia dapat merenungkan mana yang benar dan mana yang batil. Adapun ruang waktu yang diberikan kepadanya adalah tiga hari baik diminta olehnya atau tidak diminta.
Mazhab Maliki – wajib bagi imam untuk memberikan tangguhan waktu kepada orang murtad selama tiga hari tiga malam. Awal dari tiga hari tersebut dimulai dari hari ditetapkannya ia murtad bukan dari hari ia kafir dan bukan dari hari perkaranya diangkat ke meja hakim. Jika seorang hakim memutuskan untuk membunuhnya sebelum habisnya masa tiga hari tersebut maka keputusannya berlaku. Dan jika ia bertaubat setelah tiga hari tersebut maka ia dibiarkan dan jika tidak maka ia dibunuh. Ketika telah dibunuh maka mayatnya tidak dimandikan dan tidak dikafani serta tidak dikuburkan diperkuburan kaum muslimin bahkan tidak diperkuburan kaum kafir. Hal itu disebabkan kerana ia tidak termasuk dari kaum muslimin akan tetapi ia dikuburkan ditempat tersendiri sebagai pelajaran bagi kaum muslimin.
Mazhab hanbali – disalah satu riwayat mereka, disebutkan bahawa wajib untuk meminta si murtad bertaubat selama tiga hari. Pendapat ini sama dengan pendapat ulama Malikiah dan Syafi’eyah. Didalam riwayat lain dari mereka disebutkan bahawa tidak wajib untuk meminta si murtad untuk bertaubat dan kembali memeluk Islam. Akan tetapi yang dilakukan adalah menawarkan Islam kepadanya jika ia menerimanya maka ia dibiarkan dan jika tidak maka ia harus dibunuh ketika itu juga.
No comments:
Post a Comment