Friday, 15 March 2013

Definisi Murtad

Murtad adalah kufurnya seorang muslim yang mana keislamannya ditetapkan dengan keinginannya sendiri setelah mengetahui seluruh dasar agama Islam dan berpegang teguh terhadap hukum-hukumnya. Murtad dapat dilakukan dengan perkataan yang terang-terangan seperti aku menduakan allah s.w.t (berbuat syirik kepada-Nya). Dan juga dpat dengan perkataan yang menuntut kekufuran seperti: “sesungguhnya Allah s.w.t berbentuk fizikal seperti fizikal-fizikal lainnya”. Selain itu mengajari sihir juga termasuk perbuatan kufur begitu juga mengamalkannya termasuk kufur. Selain itu juga menuntut adanya keyakinan bahawa hari kiamat tidak aka nada. Selain itu yang termasuk kufur adalah orang yang ragu-ragu akan kekekalan atau tidak kekekalan alam semesta ini atau juga mengingkari keberadaan Allah s.w.t. Dan termasuk kafir orang yang mengingkari halalnya hukum yang disepakati oleh umat Islam yang seharusnya diketahui dari ajaran agama dengan al-Quran dan Sunnah.

No comments:

Post a Comment