Sesiapa yang mencela salah seorang dari sahabat Nabi s.a.w maka ia
berhak untuk diberikan hukuman ta’zir seperti ditahan, dicambuk dan yang
lainnya ertinya ia tidak boleh dikenakan hadd. Jika seseorang mengingkari
khulafa al-rasyidin yang empat sahaja,maka ia tidak kafir. Namun jika mengingkari
seluruh para sahabat barulah ia dianggap kafir menurut ijma ulama. Hal itu
disebabkan kerana ia mengingkari sesuatu yang harus diketahui dari agama dan ia
termasuk orang yang mendustakan Allah s.w.t serta Rasul-Nya. Jika ada satu
orang adil atau sekumpulan orang yang memberikan keesaksian atas dirinya maka
mereka tidak diterima kerana yang bersangkutan telah mencela Nabi s.w.t yang
disepakati kenabiannya. Dalam hal ini yang bersangkutan harus diberi hukuman
ta’zir berupa cambukan.
Friday, 15 March 2013
Orang yang melakukan sihir terhadap muslim
Penyihir yang melakukan sihir terhadap muslim harus diberikan
pelajaran dan didikan. Hal ini berlaku jika sihirnya tidak menimbulkan bahaya
bagi korbannya yang muslim. Namun jika menimbulkan bahaya maka imam dapat
membunuhnya atau menjadikannya sebagai hamba selama si penyihir tidak muslim.
Hukum zindiq
Para ulama dalam masalah hukum zindiq iaitu merahsiakan kekufuran
dirinya dan memperlihatkan keislamannya.
Mazhab Maliki dan Syafi’e – wajib membunuh orang zindiq setelah
mengetahui statusnya tersebut tanpa meminta dirinya bertaubat. Dan orang zindiq
ini dinamakan dengan munafiq dimasa Nabi s.a.w dan para sahabatnya. Jadi sudah
seharusnya untuk membunuh orang zindik meskipun ia telah bertaubat. Jika orang
zindiq tersebut telah bertaubat, maka ia dibunuh sebagai bentuk had bukan
kerana kekufuran. Ertinya ia tetap diputuskan sebagai orang Islam dan
dimandikan, dikafani, disolatkan dan dikuburkan di perkuburan kaum muslimin.
Lalu urusannya hanya dikembalikan kepada Allah s.w.t.
Harta orang murtad jika ia pergi ke daerah musuh
Mazhab Hanafi – jika orang murtad pergi ke daerah musuh dan hakim
telah menetapkan kepergiannya maka seluruh hamba sahayanya yang berstatus
Mudabbar dan ummahatul Awladnya dimerdekakan.apa yang diperolehkan dari harta
benda selama masih muslim dialihkan kepada ahli warisnya yang muslim. Hal itu
disebabkan kerana kepergiannya ke daerah musuh maka ia menjadi bahagian dari
musuh Islam dan musuh Islam sendiri dianggap sebagai orang-orang mati secara
hukum-hukum Islam. Hanya sahaja status kepergiannya tidak ditetapkan kecuali
dengan keputusan hakim. Seluruh hutangnya yang terjadi ketika ia masih Islam
dilunasi dari harta yang diperolehnya ketika masih muslim. Sementara hutangnya
yang berlaku ketika ia murtad tetap harus dilunasi dari harta yang diperolehnya
ketika masih murtad.
Mazhab Syafi’e – sesungguhnya harta orang murtad jika ia pergi
kedaerah musuh maka hartanya menjadi harta wakaf. Seluruh hutangnya harus
dilunasi dari hartanya. Hal itu disebabkan kerana jika kita mengatakan bahawa
hartanya masih dimilikinya atau menjadi harta wakaf adalah hal yang jelas.
Namun jika kita mengatakan bahawa kepemilikannya telah hilang maka status
murtad tidak lebih dari kematian. Dan yang namanya hutang harus didahuulukan
untuk dilunasi dan diutamakan dari hak ahli waris. Begitu juga lebih diutamakan
daripada hak harta fai.jika si murtad mati dengan status murtadnya sementara ia
memiliki lilitan hutang dimana sisa hartanya masih ada setelah melunasi hutang maka
sisanya dimasukkan kedalam baitulmal.
Mazhab Maliki – wakaf dan hibah jika dilaksanakan atau diterima
sebelum murtad maka hal itu terlaksana. Namun jika terlambat hingga yang
bersangkutan murtad dan mati dengan status murtad atau pergi kedaerah musuh maka
tidak terlaksana dan ditunggu apakah ia masuk Islam dan apakah diputuskan
semuanya batal atau tidak.
Kepemilikan orang murtad
Kepemilikan orang murtad terhadap hartanya hilang dengan status
terhenti hingga keadaannya jelas. Jika ia kembali memeluk Islam maka seluruh
kepemilikannya kembali ke pangkuannya seperti keadaan pertama sebelum murtad.
Hal itu disebabkan kerana setelah murtad ia termasuk kafir harbi yang berada
dibawah kekangan kaum muslimin hingga dibunuh dan ia tidak dibunuh kecuali
dengan statusnya harbi. Dan status tersebutlah yang menghilangkan
kepemilikannya terhadap harta bendanya. Hanya sahaja ia tetap diajak untuk
memeluk Islam dengan dipaksa dan diharapkan untuk menerimanya.
Jika ia mati atau dibunuh kerana murtad maka apa yang diperolehnya
saat ia muslim atau yang diperolehnya ketika ia murtad menjadi harta fai kerana
ia mati dalam keadaan kafir. Sesungguhnya orang muslim tidak mewarisi atau
tidak menjadi ahli waris orang kafir menurut ijma ulama. Dan hartanya adalah
harta harbi (harta perang) yang tidak memiliki sisi keamanan yang tidak diraih
dengan kekuatan persenjataan ertinya harta tersebut menjadi harta fai.
Mazhab Hanafi – jika si murtad mati kerana murtadnya atau dibunuh
apa yang diperolehnya di saat ia muslim beralih kepemilikannya kepada ahli
warisnya yang muslim. dan ketika dimasa ia murtad hartanya menjadi fai untuk
kaum muslimin yang diberikan kepada baitulmal.
Meminta orang murtad untuk bertaubat
Dalam masalah meminta orang murtad untuk bertaubat para imam mazhab memiliki perbezaan pendapat
Mazhab Hanafi – jika seorang muslim keluar dari agama Islam atau murtad maka ia ditawarkan untuk menjadi muslim lagi. Jika ia memiliki syubhat yang melatarbelakangi murtadnya maka ia harus mengungkakannya agar dapat ditepis. Kerana barang kali ada syubhat yang menghalanginya untuk tetap memeluk Islam dan dengan mengungkapkannya maka syubhat tersebut dapat dihilangkan. Jika ia murtad maka ada dua pilihan yang diterimnya iaitu dibunuh atau memeluk Islam kembali.
Mazhab Syafi’e – jika seorang muslim keluar dari agama Islam atau murtad maka wajib bagi imam untuk menangguhkan selama tiga hari baginya untuk mengambil keputusan. Sebelum masa tiga hari tersebut tidak halal bagi imam untuk membunuhnya. Hal itu disebabkan kerana pada umumnya keluarnyaseorang muslim dari Islam disebabkan oleh adanya syubhat. Jadi sudah seharusnya diberi ruang waktu kepadanya agar ia dapat merenungkan mana yang benar dan mana yang batil. Adapun ruang waktu yang diberikan kepadanya adalah tiga hari baik diminta olehnya atau tidak diminta.
Mazhab Maliki – wajib bagi imam untuk memberikan tangguhan waktu kepada orang murtad selama tiga hari tiga malam. Awal dari tiga hari tersebut dimulai dari hari ditetapkannya ia murtad bukan dari hari ia kafir dan bukan dari hari perkaranya diangkat ke meja hakim. Jika seorang hakim memutuskan untuk membunuhnya sebelum habisnya masa tiga hari tersebut maka keputusannya berlaku. Dan jika ia bertaubat setelah tiga hari tersebut maka ia dibiarkan dan jika tidak maka ia dibunuh. Ketika telah dibunuh maka mayatnya tidak dimandikan dan tidak dikafani serta tidak dikuburkan diperkuburan kaum muslimin bahkan tidak diperkuburan kaum kafir. Hal itu disebabkan kerana ia tidak termasuk dari kaum muslimin akan tetapi ia dikuburkan ditempat tersendiri sebagai pelajaran bagi kaum muslimin.
Mazhab hanbali – disalah satu riwayat mereka, disebutkan bahawa wajib untuk meminta si murtad bertaubat selama tiga hari. Pendapat ini sama dengan pendapat ulama Malikiah dan Syafi’eyah. Didalam riwayat lain dari mereka disebutkan bahawa tidak wajib untuk meminta si murtad untuk bertaubat dan kembali memeluk Islam. Akan tetapi yang dilakukan adalah menawarkan Islam kepadanya jika ia menerimanya maka ia dibiarkan dan jika tidak maka ia harus dibunuh ketika itu juga.

Subscribe to:
Comments (Atom)