Wednesday, 10 April 2013

Murtad dan Islamnya orang yang mabuk



Sesungguhnya orang mabuk yang tidak berfungsi akalnya sedikitpun atau tidak sedar dan tidak dapat membezakan mana yang baik dan yang buruk maka posisinya sama dengan orang gila dalam masalah murtad. Jadi tidak sah murtadnya dan juga keislamannya. Hal itu disebabkan kerana orang gila tidak sah murtadnya menurut ijma para ulama. Alasannya adalah kerana murtad berlaku kerana perubahan keyakinan sementara orang mabuk tidak meyakini apa yang dikatakannya.

Mazhab Hanafi – jika mabuknya disebabkan oleh sesuatu yang dilarang dan ia murtad dengan keinginan sendiri serta tidak dipaksa maka tidak sah murtadnya dan tidak dapat dimaafkan

Mazhab Syafi’e – sah hukum murtad orang mabuk yang berlebihan seperti halnya hukumtalak-Nya yang sah dan seluruh tindakannya. Selain itu dibenarkan untuk meminta taubat darinya sebagaimana juga murtadnya sah. Akan tetapi memintanya untuk bertaubat ditangguhnya hingga ia sedar.

No comments:

Post a Comment