Mazhab Hanafi – sesungguhnya murtad anak kecil yang telah berakal
adalah murtad yang sempurna ertinya seluruh hukum murtad berlaku padanya
seperti batal hukum menikah dengannya dan diharamkan dari harta warisan. Namun
ia dipaksa untuk memeluk agama Islam kembali dan tidak dibunuh. Jadi ia ditahan
seperti halnya perempuan yang murtad. Kemudian Islamnya si anak yang mumayyiz
setelah murtad adalah Islam yang sah. Hal itu disebabkan kerana Imam Ali
memeluk Islam dimasa kecilnya ketika berumur lima tahun. Sementara Nabi s.a.w
tetap menyatakan sah keislaman Ali.
Mazhab Syafi’e – sesungguhnya murtadnya anak kecil yang berakal
tidak dinamakan murtad. Begitu juga soal keislamannya tetap tidak sah kerana
hanya mengikut kepada kedua orang tuanya yang muslim. Murtad adalah bahaya yang
sangat vital sementara ia bukan mukallaf dan melakukannya bukan dengan
keinginan sendiri.
No comments:
Post a Comment