Thursday 11 April 2013

Amal soleh orang murtad sebelum murtad



Sesungguhnya murtad dapat membatalkan seluruh pahala amal soleh yang dilakukan ketika menjadi muslim. Jika ia kembali lagi memeluk Islam dan bertaubat dimana jika hal itu terjadi dimasa waktu solat, maka harus melaksanakan solat diwaktu itu juga. Selain itu ia juga harus melaksanakan haji untuk yang kedua kalinya jika sebelumnya sudah melaksanakannya. Dengan batalnya pahala, amal perbuatan tersebut tentunya tidak membatalkan amal perbuatan itu sendiri buktinya adalah bahawa solat dirumah yang digashab adalah sah hukumnya dan dapat meniadakan usaha menggantinya meskipun tidak mendapatkan pahala menurut para ulama.

Mazhab Syafi’e – murtad dapat membatalkan amal perbuatan jikadiiringi dengan kematian atau mati ketika murtad. Allah s.w.t berfirman ertinya: “Sesiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya didunia dan diakhirat dan mereka itulah penghuni neraka mereka kekal didalamnya” (al-Baqarah:217).

Keturunan orang-orang yang murtad



Jika penduduk sebuah daerah murtad, maka seluruh keturunan atau anak cucu mereka tidak boleh dijadikan sebagai harta ghanimah. Selain itu mereka juga tidak boleh dijadikan hamba atau hamba sahaya. Akan tetapi mereka dipaksa untuk memeluk Islam hingga akhir baligh. Jika mereka tidak memeluk Islam maka mereka harus ditahan dan hakim menjanjikan mereka untuk dipukul atau dicambuk sebagai usaha untuk mengajak mereka memeluk Islam.

Mazhab Hanbali – anakcucu mereka dapat dijadikan hamba atau hamba sahaya.hal itu disebabkan kerana keberadaan mereka mengikut kepada ayah dan datuk mereka dalam hal kekufuran.

Wednesday 10 April 2013

Bilakah sebuah daerah menjadi daerah musuh



Jika seluruh hukum kekufuran kelihatan dan berlaku di satu daerah maka menjadi sebagai daerah musuh atau daerah kifir. Ini sesuai dengan pendapat ulama Malikiyah, Syafi’eyah dan Hanabilah.

Sementara ulama Hanafiah menambahkan dua syarat lagi:

1.    Berlakunya hukum-hukum kekufuran
2.    Tidak ditemukan disana seorang muslim atau zimmiy dengan memiliki keamanan
Memiliki batasan

Tatacara menerima kesaksian dalam masalah murtad



Kesaksian dlam masalah murtad diterima dari dua lelaki yang adil yang bersaksi atas murtadnya seorang muslim

Mazhab Syafi’e – kesaksian atas murtadnya seorang muslim dapat diterima secara mutlak dan dijadikan sebagai keputusan tanpa perincian. Hal itu disebabkan kerana murtad  dengan bahayanya tidak disaksikan oleh para saksi kecuali dengan benar dan serius. Setelah itu hendaknya hakim berkata kepad saksi: “lafazkan dua syahadat”, dan tidak perlu untuk bertanya kepadanya tentang masalah murtad seorang muslim yang dipersaksikannya. Jika si saksi enggan untuk melafazkannya maka keengganannya adalah indikasi yang tidak perlu untuk menyebutkan sebab murtadnya.

Mazhab Maliki – taubatnya orang murtad tidak diterima dan kesaksian mengenainya juga tidak diterima kecuali secara terperinci.

Murtad dan Islamnya orang yang mabuk



Sesungguhnya orang mabuk yang tidak berfungsi akalnya sedikitpun atau tidak sedar dan tidak dapat membezakan mana yang baik dan yang buruk maka posisinya sama dengan orang gila dalam masalah murtad. Jadi tidak sah murtadnya dan juga keislamannya. Hal itu disebabkan kerana orang gila tidak sah murtadnya menurut ijma para ulama. Alasannya adalah kerana murtad berlaku kerana perubahan keyakinan sementara orang mabuk tidak meyakini apa yang dikatakannya.

Mazhab Hanafi – jika mabuknya disebabkan oleh sesuatu yang dilarang dan ia murtad dengan keinginan sendiri serta tidak dipaksa maka tidak sah murtadnya dan tidak dapat dimaafkan

Mazhab Syafi’e – sah hukum murtad orang mabuk yang berlebihan seperti halnya hukumtalak-Nya yang sah dan seluruh tindakannya. Selain itu dibenarkan untuk meminta taubat darinya sebagaimana juga murtadnya sah. Akan tetapi memintanya untuk bertaubat ditangguhnya hingga ia sedar.